Cara Mudah Buat Blog WordPress Guna Hosting DataKL

Hosting ini sangat sesuai untuk anda yang baru dalam dunia blogging dan hendak guna WordPress.

Pertama, layari ke website https://datakl.com dan pada bahagian menu klik Hosting>Shared>Hosting.

Skrol ke bawah dan tekan Order Now untuk pakej yang dikehendaki. Saya memilih pakej terendah serendah RM75/tahun.

Pada skrin seterusnya, tekan Order Now.

Kemudian, pilih nama domain. Pada skrin ini, isi nama domain yang anda mahu dan tekan check untuk semak sama ada nama domain anda masih ada. Kemudian, tekan Continue.

Lihat semula pakej yang telah anda pilih. Setelah pasti, tekan butang Continue.

Lihat semula nama domain yang anda pilih. Kemudian tekan Continue.

Seterusnya< sahkan butiran bayaran dan tekan Checkout.

Isi butiran alamat dan pilih cara pembayaran dan tekan Complete Order untuk membuat pembayaran.

Akses cPanel

Setelah pembayaran dibuat, pergi ke control panel DataKL dan tekan Service.

Kemudian, tekan pada pakej hosting yang anda beli.

Pada bahagian kiri, tekan pada link cPanel.

Setelah Login, skrol ke bawah dan pilih software Softaculous Apps Installer.

Kemudian pilih WordPress dan tekan install.

Isi butiran pada skrin seterusnya. Di bahagian Choose Protocol pilih http:// tanpa prefix www. Kosongkan ruang Directory.

Pada bahagian Site Settings, ubah tajuk dan diskripsi blog mengikut kehendak.

Isi Username dan Password. Jangan lupa tukarkan alamat email untuk mendapat notifikasi dari WordPress.

Kosongkan bahagian Theme.

Setelah selesai tekan butang Install.

Untuk pergi ke domain anda, tapi domainanda.com/wp/-admin/ kemudian isi username dan password untuk login.

Selamat mencuba!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *